MAKLUMAT AM SEKOLAH

 


Sejarah Sekolah

 

Pada awal tahun 1924 di bawah pimpinan datuk penghulu Said selaku Ketua  Kampung Rumbia telah memggerakkan penduduk kampung bergotong-royong membina sebuah sekolah atap. Sekolah atap tersebut bertiangkan kayu dan beratap rumbia tanpa dinding mengandungi 5 bilik darjah bagi menampung murid seramai 80 orang ketika itu. Guru besar pertamanya dikenali sebagai Cikgu Abu yang berasal dari Kampong Simpang Empat Alor Gajah. Pada mulanya murid yang seramai 80 orang itu  terdiri daripada murid lelaki sahaja. Mereka  belajar dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari .

 

                Tahun 1929 merupakan satu lagi sejarah persekolahan di Kampung Rumbia, bila mana kerajaan British telah mula mendirikan sebuah bangunan satu blok dua tingkat mengandungi 5 bilik darjah dikawasan bukit berhampiran sekolah lama. Pada 1 Januari 1929 bangunan tersebut siap dan murid-murid  belajar di bangunan baru. Kali ini mereka belajar  bersama-sama murid perempuan. Pada mulanya kelas hanya setakat darjah 5 sahaja. Murid yang naik darjah 6 akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Paya Rumput atau Sekolah Kebangsaan Sungai Petai. Setelah sekian lama pada awal tahun 1980 satu lagi blok bangunan baru dua tingkat dan sebuah kantin telah didirikan bagi menampung pertambahan bilangan murid yang kian bertambah. Bangunan ini mempunyai satu bilik guru besar, satu bilik pejabat, satu bilik guru, empat bilik darjah 1, perpustakaan dan bilik sumber.

 

                Pada 25 Oktober 1997 sejarah berulang kembali, bangunan lama yang didirikan pada tahun 1929 telah dirobohkan setelah berusia 68 tahun berkeadaan usang tidak sesuai untuk digunakan walaupun beberapa ubahsuai telah dibuat. Menyedari keadaan itu, kerajaan telah meluluskan projek bangunan baru dua blok, dua tingkat dan tiga tingkat menggantikan bangunan lama tersebut. Bangunan baru ini siap sepenuhnya dalam bulan November 1997 dan mula digunakan secara rasmi pada  Januari tahun 2000.

 

                 Kini Sekolah Kebangsaan Rumbia memiliki tiga blok bangunan, sebuah kantin dan makmal komputer untuk menampung dan memberi  keselesaan kepada 375 orang murid termasuk 25 orang murid Prasekolah.



Falsafah dan Misi Sekolah

 

FALSAFAH SEKOLAH

 

Setiap Insan Mempunyai Keunikan Bakat, Keupayaan, Keistimewaan

Yang Boleh Diperkembangkan Dan Digilap

 

VISI SEKOLAH

 

Sekolah Kebangsaan Rumbia Cemerlang Tahun 2023

 

MISI SEKOLAH

 

Melahirkan Modal Insan Cemerlang Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

MOTTO SEKOLAH

 

Sekolah Kebangsaan Rumbia  berazam dan berusaha memberikan perkhidmatan berkualiti, cekap, dan ikhlas bagi menjamin kesempurnaan program.


Perkhidmatan yang sempurna

Dilaksanakan melalui

Pemuafakatan, keperihatinan dan berbudi bahasa

Serta memahami kehendak-kehendak pelanggan

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 


Piagam Pelanggan

 

·        Membimbing murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

·        Menanamkan sikap kekitaan, penyayang dan bekerjasama.

·        Mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang.

·        Melayan dan bekerjasama dengan ibu bapa dan tetamu dengan penuh kemesraan dan kesopanan.

·        Memastikan keadaan fizikal dan suasana sekolah sentiasa bersih, indah dan aman.


 

Objektif Sekolah

 

·      Meningkatkan pencapaian peperiksaan awam UPSR 10 teratas daerah  Alor

Gajah dan di atas paras negeri dan kebangsaan

·      Meningkatkan pencapaian penilaian berasaskan sekolah di kalangan murid-murid

·      Mencapai tahap sifar peratus dalam salah laku murid

·      Mencapai kehadiran murid 95%

·      Meningkatkan pengamalan nilai-nilai murni sebagai budaya kehidupan murid.

·      Mencapai 100% penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum

·      Meningkatkan pencapaian murid dalam pelbagai pelbagai kegiatan Ko Kurikulum di peringkat  daerah,    negeri  dan kebangsaan.

 

 

No comments:

Post a Comment

PROFIL SEKOLAH

    Profil Sekolah   Kod Sekolah                                                   : MBA0034 Nama Sekolah             ...